Thursday, February 10, 2011

Apa itu Kem Smart Quran?

Setiap kali cuti sekolah, ibu bapa pasti akan mencari tempat dan kem-kem tertentu untuk anak-anak mereka mengisi masa terluang dengan berfaedah.Kem Smart Quran merupakan sebuah kem yang dianjurkan semasa cuti sekolah bertujuan untuk melahirkan generasi yang Celik Al-Quran.  Kem Smart Quran ini dianjurkan sebanyak 2 kali setahun setiap kali cuti sekolah iaitu Cuti sekolah Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun. Kem ini dilaksanakan selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari.

Kem Smart Quran terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah bermula usia 7 tahun hingga 17 tahun. Namun begitu, umur penyertaan bergantung kepada Pengarah Program mengikut tempat penganjuran. Antara pengisian Kem Smart Quran ialah

1. Pengenalan dan pembelajaran asas Al-Quran dengan Teknik Al-Baghdadi . rujuk Syihab Resources
2. Pemantapan solat dan asas-asas Fardhu Ain
3. Bengkel Hafazan ayat-ayat pilihan
4. Sesi Motivasi bersama fasilitator dan jemputan program.

Selain itu, Kem Smart Quran juga turut menampilkan penceramah motivasi dan artis Nasyid Tanah Air dalam berkongsi pengalaman kejayaan dan motivasi kehidupan. Di dalam kem ini, para peserta didedahkan dan diberi penekanan membaca Al-Quran dengan lebih lancar, sempurna dan bertartil.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat, En Ramlee di 03-61854587 atau boleh terus ke pejabat kami di, Syihab Resources,79-1B, Jalan 3 , Batu Caves Centrepoint, Batu Caves.Atau boleh juga menghubungi Al-Baghdadi Training Centre (ATC) setiap negeri.