Tuesday, May 10, 2011

Siapa sahaja boleh sertai Kem Smart Quran

Kem Smart Quran terbuka kepada anak-anak berusia 8 tahun hingga 16 tahun.

Sesiapa sahaja boleh menyertai kem ini tidak kira masih mengeja membaca Al-Quran, lambat atau sudah lancar. Terbuka untuk semua. Tujuan utama penganjuran kem ini agar para peserta dapat meningkatkan penguasaan bacaan Al-Quran mereka kepada yang lebih baik selain mempelajarinya dalam keadaan yang sangat menceriakan dan mengujakan para peserta. Justeru, sesiapa sahaja boleh menyertainya. Sangat digalakkan kepada mereka yang masih lambat untuk membaca, merangkak atau tergagap. Yang lancar juga boleh sertai..malah menambah penguasaan teknik dan ilmu kemahiran pembelajaran Al-Quran.

Untuk pengetahuan ibu bapa, sistem pembelajaran di dalam kem ini, para peserta akan dimasukkan dalam kumpulan mengikut umur sesuai dengan peringkat masing-masing. Malah, kami menekankan perkongsian ilmu dan saling bantu membantu dalam mencapai kejayaan dan hasil yang terbaik. 

Penyertaan Kem Smart Quran kini telah dibuka. Berminat untuk menyertainya, boleh hubungi kami di Al-Baghdadi Method Sdn Bhd di talian 03-61854587 atau 013-6249318.