Tuesday, May 10, 2011

Siapa sahaja boleh sertai Kem Smart Quran

Kem Smart Quran terbuka kepada anak-anak berusia 8 tahun hingga 16 tahun.

Sesiapa sahaja boleh menyertai kem ini tidak kira masih mengeja membaca Al-Quran, lambat atau sudah lancar. Terbuka untuk semua. Tujuan utama penganjuran kem ini agar para peserta dapat meningkatkan penguasaan bacaan Al-Quran mereka kepada yang lebih baik selain mempelajarinya dalam keadaan yang sangat menceriakan dan mengujakan para peserta. Justeru, sesiapa sahaja boleh menyertainya. Sangat digalakkan kepada mereka yang masih lambat untuk membaca, merangkak atau tergagap. Yang lancar juga boleh sertai..malah menambah penguasaan teknik dan ilmu kemahiran pembelajaran Al-Quran.

Untuk pengetahuan ibu bapa, sistem pembelajaran di dalam kem ini, para peserta akan dimasukkan dalam kumpulan mengikut umur sesuai dengan peringkat masing-masing. Malah, kami menekankan perkongsian ilmu dan saling bantu membantu dalam mencapai kejayaan dan hasil yang terbaik. 

Penyertaan Kem Smart Quran kini telah dibuka. Berminat untuk menyertainya, boleh hubungi kami di Al-Baghdadi Method Sdn Bhd di talian 03-61854587 atau 013-6249318.

Friday, April 1, 2011

Pengisian Kem Smart Quran

Antara pengisian di dalam Kem Smart Quran ialah

1. Pengenalan Teknik Al-Baghdadi
2. Bengkel Al-Baghdadi - pengukuhan dan pemantapan bacaan asas Al-Quran dalam bentuk kumpulan dan berguru.
3. Kelas Tajwid
4. Bengkel Hafazan
5. Kelas Fardhu Ain
6. Aktiviti dalam kumpulan - Motivasi-
7. Bersama penceramah jemputan. - membincangkan peranan Al-Quran dan kesannya terhadap kehidupan -

Thursday, February 10, 2011

Apa itu Kem Smart Quran?

Setiap kali cuti sekolah, ibu bapa pasti akan mencari tempat dan kem-kem tertentu untuk anak-anak mereka mengisi masa terluang dengan berfaedah.Kem Smart Quran merupakan sebuah kem yang dianjurkan semasa cuti sekolah bertujuan untuk melahirkan generasi yang Celik Al-Quran.  Kem Smart Quran ini dianjurkan sebanyak 2 kali setahun setiap kali cuti sekolah iaitu Cuti sekolah Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun. Kem ini dilaksanakan selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari.

Kem Smart Quran terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah bermula usia 7 tahun hingga 17 tahun. Namun begitu, umur penyertaan bergantung kepada Pengarah Program mengikut tempat penganjuran. Antara pengisian Kem Smart Quran ialah

1. Pengenalan dan pembelajaran asas Al-Quran dengan Teknik Al-Baghdadi . rujuk Syihab Resources
2. Pemantapan solat dan asas-asas Fardhu Ain
3. Bengkel Hafazan ayat-ayat pilihan
4. Sesi Motivasi bersama fasilitator dan jemputan program.

Selain itu, Kem Smart Quran juga turut menampilkan penceramah motivasi dan artis Nasyid Tanah Air dalam berkongsi pengalaman kejayaan dan motivasi kehidupan. Di dalam kem ini, para peserta didedahkan dan diberi penekanan membaca Al-Quran dengan lebih lancar, sempurna dan bertartil.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat, En Ramlee di 03-61854587 atau boleh terus ke pejabat kami di, Syihab Resources,79-1B, Jalan 3 , Batu Caves Centrepoint, Batu Caves.Atau boleh juga menghubungi Al-Baghdadi Training Centre (ATC) setiap negeri.